KOTA KINABALU 29 Okt. - Dalam usaha meningkatkan tahap pendidikan
prasekolah, kerajaan menyasarkan kesemua guru taman bimbingan
kanak-kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di seluruh
negara memiliki diploma menjelang 2015.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie
Apdal berkata, setakat ini seramai kira-kira 2,000 daripada 9,824 guru
Tabika Kemas telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat diploma.
"Dalam hubungan ini kita bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran
untuk mempastikan tenaga guru kita dapat ditingkatkan keupayaannya.
"Jadi untuk murid-murid tabika mendapat ilmu pengetahuan mencukupi,
kita perlu mempunyai tenaga guru berkebolehan dan berkeupayaan,"
katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang 2010 Jabatan Kemas Negeri Sabah di Dewan Saadah
Wisma Majlis Ugama Islam (MUIS) di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Kemas, Hassan Mohd. Amin dan Pengarah Kemas Negeri, Anisah Saidin.
Pada majlis itu, seramai 94 warga kerja Kemas Sabah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.
Menurutnya, pada masa ini guru-guru Tabika Kemas dihantar menjalani kursus dalam cuti di institusi perguruan di seluruh negara.
Dalam pada itu beliau berkata, Petunjuk Prestasi Utama (KPI)
pendidikan prasekolah kementerian itu telah menunjukkan pencapaian yang
memberangsangkan.
"Pada tahun ini sasaran 9,816 kelas Tabika Kemas telah berjaya
dicapai sejak Julai lalu dengan bilangan kanak-kanak seramai 215,834
orang.
"Selain itu, menjelang 2015 kesemua guru-guru tabika dijangka bergred S27," ujarnya.
Penafian:
Artikel/Info ini disalin dari laman web http://www.utusan.com.my. Pihak SK Pangas Keningau tidak bertanggungjawab terhadap isi kandungannya. Berita penuh : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1030&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Komen Pengguna
Penafian
Sekolah Kebangsaan Pangas Keningau tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.
No comments:
Post a Comment