Sejarah

Lokasi :
Keluasan Tanah : 5 ekar
Sekolah Kebangsaan Pangas terletak di Kampung Pangas Ulu iaitu 15km dari pekan Apin-Apin. Sekolah ini terletak berhampiran dengan Sungai Pangas. Bangunan sekolah ini telah didirikan diatas bukit yang telah diratakan.

Bangunan lama sekolah ini yang telah dibina oleh ibubapa pada tahun 1997 yang diketuai oleh Ketua Kampung En. Alexandria Amat Pantin. Bangunan ini mempunya kelas Tahun 1 hingga Tahun 3 sahaja.
            Disamping itu juga, sebuah lagi bangunan telah dibina pada masa yang sama sebagai kelas dan bilik guru. Kerja-kerja pembinaan bagi mendirikan banguna sekolah ini telah dilakukan secara bergotong-royong. Semua peralatan untuk membina bangunan ini telah didermakan oleh penduduk setempat dan segala perbelanjaan juaga telah disumbangkan.

            Sejarahnya bermula pada seorang guru bernama En.Marcus Sundang yang bertugas di SK Bundu Apin-Apin Keningau pada Tahun 1996 yang sangat prihatin dengan nasib anak-anak kecil di Kampung ini. Beliau telah berusaha mengemukakan surat permohonan kelulusan pengwujudan sekolah di Kampung Pangas kepada Pegawai Pelajaran Daerah Keningau pada masa itu. Permohonan beliau telah mendapat perhatian dan sokongan daripada Pegawai Pelajaran Daerah. Pada tahun yang sama, beberapa pegawai dan penyelia daripada Pejabat Pelajaran Daerah keningau, Pejabat Pelajaran Bahagian dan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah telah datang melawat ke tapak sekolah.
            Pada tanggal 17 Julai 1999, berkat usaha semua pihak membuahkan hasil apabila En.Marcus berjumpa dengan seorang Pegawai Kanan di Pejabat Pelajaran Negeri Sabah di Kota Kinabalu. Beliau telah dimaklumkan bahawa permohonan beliau telah diluluskan dalam mesyuarat pembangunan pada 12 Julai 1999. Sekolah yang baru ini dinamakan Sekolah Kebangsaan Pangas sempena dengan nama Sungai Pangas.
           Sesi persekolahan yang pertama untuk sekolah ini telah bermula pada 2 Januari 2000 dengan tiga buah kelas iaitu Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3. Guru Besar yang pertama ketika itu ialah En.Hassan Mansor yang baharu dilantik sebagai guru besar.
 Pada tahun 2002, dua buah bangunan baru telah didirikan hasil peruntukkan daripada kerajaan bagi menggantikan bangunan lama yang dibina daripada kayu dan buluh sahaja. Bangunan yang baru ini telah membuka semangat dan pintu kejayaan kepada anak-anak kecil di Kampung Pangas. Dengan pembinaan yang lebih kukuh, bangunan ini masih bertahan sehingga sekarang.
Bangunan baru SK Pangas Keningau ini mempunyai 6 kelas dan satu bilik guru dan  telah dirasmikan oleh Datuk Sri Panglima Joseph Pairin Kitingan pada 28 Jun 2002.

Komen Pengguna



Penafian

Sekolah Kebangsaan Pangas Keningau tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.