Tuesday 15 November 2011

Pendaftaran Pelajara ke Tingkatan 1


Masa : 10.00 pagi - 12.00 Tengahari
Tempat : SK. Pangas Keningau

Pada 15 Nov 2011, SK.Pangas Keningau telah dilawati oleh SMK Apin-Apin Keningau yang diketuai oleh Pengetua SMK Apin-Apin, En. Mail Suanda dan krew-krewnya untuk mendaftarkan bakal-bakal murid Tingkatan 1 tahun 2012. Ramai ibubapa yang hadir untuk mengambil peluang mendaftarkan anak-anak mereka.

Program ini dapat meringankan beban ibubapa daripada terpaksa bergerak jauh ke sekolah menengah untuk mendaftarkan anak mereka. Disamping itu, masa dan kos juga telah dijimatkan. Tahniah SMK Apin-Apin Keningau kerana mengambil langkah proaktif ini. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas kunjungan ini.

No comments:

Post a Comment

Komen Pengguna



Penafian

Sekolah Kebangsaan Pangas Keningau tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.